Satu Lagi Bitcoin sedang Mengganas! Kenaikan 3625% dalam tempoh 4 hari.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Selain pelaburan saham, ada lagi satu pelaburan yang berpotensi untuk memberikan pulangan yang tinggi pada ketika ini, iaitu pelaburan Wang Digital atau Bitcoin atau Cryptocurrency.  


Walaupun saya belum pernah lagi melabur dalam Wang Digital atau Bitcoin, tetapi saya ada juga dapatkan info-info berkaitan dengan pelaburan ini menerusi rakan-rakan saya yang aktif melabur.


Sekarang ni ada satu Bitcoin yang sedang MENGGANAS. Bitcoin ini telah membuat Kenaikan sebanyak 3625% dalam tempoh 4 hari. Ya! dalam masa 4 hari sahaja naik sebanyak itu.


Bitcoin yang dimaksudkan ialah Scopx oleh Scop Community.


Pada hari Jumaat minggu lepas (9 Julai 2021) bitcoin ini berharga US$4 per token. Pagi ini (12 Julai 2021) terus jump jadi US$105 dah. 

Kebanyakan pelabur bitcoin rasa rugi sebab tak melabur masa tu (9 Julai 2021)  #SCOPWARRIOR


Bitcoin ScopX Mencipta Sejarah kenaikan yang sangat luar biasa (dalam masa 4 hari naik meroket dari US$4 ke US$104.8591  


Kemudian Bitcoin ScopX naik lagi jadi US$138.1455
Kemudian Bitcoin ScopX naik lagi jadi US$138.1455  

Dan waktu makan tengahari tadi, kawan saya update bagi tahu last sekali cecah US$145.

Fuh! Siapa yang sempat beli pada hari Jumaat (9 Julai 2021) pada harga US$4 per token, kemudian berjaya jual pada harga tertinggi hari ini (Isnin, 12 Julai 2021) pada harga pada harga US$4 per token. Boleh dapat keuntungan 3625% dalam tempoh 4 hari.

Sebagai contoh, bagi pelabur yang sangat bernasib baik beli 100 token Bitcoin ini pada hari Jumaat dengan modal sebanyak US$400.

Modal (Beli) : 100 X US$4 = US$400

Kemudian, semasa beliau jual 100 Bitcoin ini pada harga US$145 

Jual : 100 X US$145 = US$14500

Untung : US$14500 - US$400 = US$14100

Tukar nilai keuntungan kepada Ringgit Malaysia (RM)

Pertukaran US Dollar ke Ringgit Malaysia (RM) pada 12 Julai 2021
Pertukaran US Dollar ke Ringgit Malaysia (RM) pada 12 Julai 2021


US$14100 X 4.19 = RM59,079

Dengan modal sebanyak US$400 boleh dapat keuntungan sebanyak US$14100 atau RM59,079 (3625%) dalam tempoh 4 hari sahaja.

Bitcoin Scopx oleh Scop Community. Satu lagi sejarah tercipta.
Bitcoin Scopx oleh Scop Community. Satu lagi sejarah tercipta.

Tapi, untuk gologan yang tak ada ilmu dan kurang berkeyakinan macam kita ni....
Hanya mampu tengok sahaja, dan biarkan peluang keemasan ini pergi begitu sahaja...

Berikut pula merupakan prestasi harga Bitcoin SCOPX ini dari 23 Jun 2021 hingga 11 Julai 2021. Melalui graf di bawah, anda dapat lihat bagaimana harga tersebut meningkat daripada harga terendah pada 6 Julai 2021 sehingga harga tertinggi semalam.

Graf Prestasi Bitcoin SCOPX Token dari 23 Jun hingga 11 Julai 2021
Graf Prestasi Bitcoin SCOPX Token dari 23 Jun hingga 11 Julai 2021. Sumber : BscScan.com

Beginilah tuah atau keuntungan dalam pelaburan.

Mereka yang ada ilmu, sudah pasti mampu menghasilkan keuntungan yang luar biasa. Keuntungan beratus hingga beribu kali ganda daripada orang yang tiada ilmu.

Hanya mereka yang berjaya melakukan tindakan yang tepat dalam masa yang tepat sahaja boleh meraih keuntungan yang luar biasa seperti ini.

Perkara seperti ini juga boleh berlaku dalam pelaburan saham, yang mana ramai berjaya menjadi jutawan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun sekiranya berjaya melakukan tindakan yang tepat (beli semasa murah) dalam masa yang tepat (Jual semula semasa harga mahal).

Sebagai contoh, si A dan si B masing-masing mempunyai modal RM1000 untuk memulakan pelaburan.

Si A memilih untuk menggunakan RM1000 tersebut untuk melabur ke dalam ASB dengan keuntungan pelaburan 6% hingga 10% setahun. Melabur hanya sekali sahaja, cukup hujung tahun dapat pulangan antara RM60 hingga RM100 setahun. Jadilah, kata si A.

Manakala si B memilih pelaburan yang lebih agresif seperti Bitcoin dan Saham. Dalam tempoh setahun melabur (jual-beli) banyak kali. Ada yang dapat untung 5%, 10%, 20%, 30%, 40%, 50%, 100%, 1000% dan lain-lain. Ada masa-masa tertentu, pernah juga merasai kerugian. Tetapi, bila dikira pada hujung tahun, pulangan pelaburan si B berkali-kali ganda jauh lebih banyak mengatasi si A. Keuntungan yang diperolehi diantara RM500 hingga RM10,000 bergantung kepada keuntungan yang berjaya diperolehi dalam setiap kali pelaburan dilakukan.

Antara Si A dan Si B, yang mana satu boleh anda jadikan sebagai contoh?
Anda nak memilih labur sekali dan tinggal, kemudian tuai pada hujung tahun?
Atau anda memilih untuk melaksanakan pelaburan secara berkali-kali dalam tempoh setahun?

Tepuk dada tanya selera.

Semua orang ada masa yang sama iaitu 365 hari setahun.
52 minggu setahun.
Takkanlah selamanya kita nak habiskan masa macam tu sahaja dengan modal yang kita "park" dan tunggu setahun.
Sedangkan dalam tempoh setahun tu terdapat bermacam-macam cabaran dan dugaan berkaitan dengan kewangan yang perlu kita hadapi.

Sebagai contoh, ada yang pendapatan terjejas akibat Covid19.
Ada yang kena potong gaji sebab tidak boleh datang kerja akibat Covid 19.

Katakan, pendapatan yang terjejas sebulan dalam RM500 hingga RM2000.
Setahun kita dah kehilangan pendapatan dalam RM6000 hingga RM24000.
Kemudian, kita ada simpanan yang di "park" dekat ASB untuk mendapatkan keuntungan 6% hingga 10% setahun.

Dengan keuntungan tersebut, nak "cover" pendapatan yang terjejas sebulan pun tak lepas. Lagikan setahun.
Sebab itu dah sampai masanya, kita perlu tukar mindset kita untuk terlibat dalam pelaburan aktif seperti saham dan Bitcoin. Supaya kita boleh menuai keuntungan secara bulanan untuk "cover" balik sumber pendapatan yang terjejas.

Saya harap anda faham dengan mesej yang ingin saya kongsikan.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Semoga bermanfaat.


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)