Kalau lah aku tahu dulu... Dengan modal RM10 membolehkan aku dapat RM4000 percuma pada setiap tahun...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru balik daripada menemani ayah Saya menghadiri mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad (KPK) kali ke 39/22...

Mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad (KPK) kali ke 39/22

Ayah Saya merupakan ahli biasa (orang kampung) dengan nombor keahliaan 245 daripada 280 orang ahli...

Ini baru pertama kali Saya temankan ayah saya hadiri mesyuarat KPK ini...
Dan Baru pertama kali juga saya melihat penyata akaun Dan info-info tentang Koperasi (KPK) ini..

Terkejut bila melihat Jumlah tanah yang dimiliki oleh Koperasi ini sebanyak 2527 ekar.. 😲..
  • Lokasi A - 2014 ekar
  • Lokasi B -      95 ekar
  • Lokasi C -     19 ekar
  • Lokasi D -     63 ekar
  • Lokasi E -   142 ekar
  • Lokasi F -     13 ekar
  • Lokasi G -       4 ekar
  • Lokasi H -   177 ekar

JUMLAH 2527 ekar.

Senarai tanah yang dimiliki oleh Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad (KPK)

Sebahagian besar tanah-tanah tersebut diusahakan dengan penanaman kelapa sawit.

Dalam mesyuarat tadi diumumkan pemberian dividen tahunan bagi tahun ini ialah 35%

Fuh.. tingginya..

Kalau kita ada saham Koperasi RM10,000, kita boleh dapat dividen tahunan RM3,500.

Dalam hati saya berkata...

"Patutlah Koperasi ini boleh bagi macam-macam kepada ahli
  • Duit Raya Haji RM1000 setiap ahli
  • Pemberian Tautan Kasih Ramadhan RM1,000 setiap ahli 
  • Duit Raya puasa RM1000 setiap ahli.
  • Elaun Kehadiran mesyuarat Agung RM1000 untuk setiap ahli..
  • sebelum-sebelum ini (sebelum Covid19) ada trip melancong untuk setiap ahli
  • Sumbangan untuk anak ahli pergi sambung belajar
  • Sumbangan untuk anak-anak ahli yang cemerlang dalam pelajaran
  • Dan lain-lain pemberian lagi
Rupa-rupanya Koperasi ni bukan sebarangan koperasi... "

Sayangnya koperasi ini tidak membuka keahlian baru...
Keahlian koperasi yang ada cuma 280 orang itu sahaja dari dulu sehingga sekarang.

Ahli yang dah ada kebanyakannya dah berumur.. termasuk ayah Saya yang dah berumur 78 tahun...

Ayah Saya join Koperasi ni (KPK) semasa dia Masih bujang lagi... 
Masa tu dia cuma perlu bayar RM10 sahaja untuk jadi ahli..
Walaupun cuma bayar RM10, tapi ramai orang kampung takut nak join..
Takut kena tipu...
Dalam kampung ayah saya, cuma ada 4 orang sahaja yang berani join jadi ahli Koperasi ni (termasuklah ayah saya)..


Masa tu ayah Saya kata...
"Kena tipu pun tak apa lah...
Kalau rugi pun RM10 sahaja.."
Untuk menyedapkan hati beliau disebabkan kebanyakan orang kampung semua tak nak join jadi ahli..


Siapa sangka... Koperasi yang dulunya kecil...
Lahir dari kampung... Boleh berikan pulangan yang besar macam ni..
Kalah ASB..
Kalah Tabung Haji...

Kalau saya jadi orang kampung yang tak join masa tu...
Tentu dalam hati saya akan berkata.. 
"Kalau lah aku tahu dulu... Dengan modal RM10, hari ini membolehkan aku dapat RM4000 percuma pada setiap tahun..."
..
Masa meeting tadi..
Ada jumpa generasi ke 3 kepada ahli asal..
(ahli asal atuknya dah meninggal... Di gantikan dengan ayahnya... Ayahnya pun dah meninggal.. jadi sekarang dia mewarisi Saham Koperasi atuknya)..
..
Sama-samalah Kita doakan semoga orang yang menguruskan Koperasi seperti ini benar-benar komited, jujur, Dan amanah.. Supaya Koperasi ini dapat terus bertahan Dan memberi manfaat kepada generasi-generasi yang Seterusnya...

Nota : Rekod harga tertinggi pasaran Minyak Sawit Mentah ialah RM8,076.50 pada 2 Mac 2022.. sehingga menyebabkan harga Minyak Masak dalam pasaran melambung Naik sehingga 2 kali ganda...

Rekod Harga Pasaran Minyak Sawit Mentah Tertinggi Dalam Sejarah
Rekod Harga Pasaran Minyak Sawit Mentah Tertinggi Dalam Sejarah
Sumber : Klik DI Sini

Sekiranya perlukan bahan rujukan yang lain berkaitan dengan pelaburan saham dan FCPO, anda boleh rujuk kepada 3 orang sifu di bawah:

1) Dr Zul Izzi Nordin

2) Shafie Bustan

3) Abang Ensem

Mereka bertiga dah lama terlibat dalam bidang pelaburan Saham.

Ilmu-ilmu dan kepakaran mereka telah dapat membantu ramai orang mendapatkan keuntungan melalui pelaburan saham.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat.


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)