Rumah di KL 37% Below Market Value

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hari ini jom kita tengok listing rumah lelong yang beralamat di Kuala Lumpur. Ramai orang cari rumah alamat KL sebab nak dekat dengan pusat bandar. Nak senang pergi shopping mall, Mid Valley, KLCC, SOGO dan lain-lain.


Rumah di KL 37% Below Market Value
Rumah di KL 37% Below Market Value

Bila tengok alamat KL jer, mestilah harga tinggi. Jarang-jarang ada harga yang macam ni dekat kawasan Kajang atau Bangi. Tapi unit ini sangat menarik perhatian untuk di kongsikan.


Apartment 1 bilik tidur beralamat di Central Residence, Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan keluasan 578sqt, Freehold, Facilities memang lengkap dengan swimming pool, gym dan garden. Maintenance fees nya  25sen per sqt.


Lokasi apartment ni memang okay, 3 minit sahaja kalau nak ke TBS.


PoS Apartment di Central Residence, Sungai Besi, Kuala Lumpur
PoS Apartment di Central Residence, Sungai Besi, Kuala Lumpur


Kalau tengok butiran dari pelelong, ini adalah vacant unit. Unit ini siap tak adalah baru sangat. Sudah 3 ke 4 tahun juga kalau tak silap.


Apartment di Central Residence, Sungai Besi, Kuala Lumpur harga RM245 ribu
Apartment di Central Residence, Sungai Besi, Kuala Lumpur harga RM245 ribu


Harga lelong untuk apartment ini adalah RM245 ribu, manakala bila kita rujuk data sebelum ini harga launching untuk unit ini bermula daripada RM376 ribu.


harga launching untuk unit ini bermula daripada RM376 ribu
harga launching untuk unit ini bermula daripada RM376 ribu


Menarik tu kan?

Dah turun lebih RM100k ribu. Unit ini pula adalah non bumi lot. 


Berdasarkan kepada floor plan yang pihak pelelong berikan, unit merupakan rumah end lot. Privacy Unit dan mempunyai view yang cantik.


Manakala untuk rental pula, anda boleh survey iklan-iklan di luar sana. Tempat ini ada banyak sangat iklan-iklan sewa rumah yang disiarkan. Untuk unit yang 3 bilik sewa tu dalam RM1600 sebulan.

Jadi, Kalau unit yang ada 1 bilik macam ini, dah tentu lebih rendah lagi kadar sewanya.


Okay lah, nanti kita tour tempat lain pula. Nak tengok property yang lebih RM500 ribu tak ??


Dalam pelaburan hartanah, lebih besar nilai pelaburan yang dikeluarkan, lagi besar risikonya.


Untuk unit-unit di KL yang harga RM1 juta, setiap kali lelongan bila tiada pembida.. ... 

Pada lelongan yang akan datang harga rezab akan turun sebanyak 10% daripada harga rezab tu.

Contohnya pada lelongan pertama harga rezab RM 1 juta, dan kemudian tiada pembida. Pada lelongan kedua harga rezab bagi rumah ini akan jadi RM900 ribu.

Bayangkan sekali drop dah turun harga sebanyak RM100 ribu. Tak ke banyak tu.


Sekiranya tiada lagi pembida semasa lelongan kedua dijalankan, Untuk lelongan kali ke 3, jatuh lagi harga sebanyak 10%. Harga rumah tu akan jadi RM810 ribu.


Untuk lelongan kali ke 4, jatuh lagi harga sebanyak 10%. Harga rumah tu akan jadi RM729 ribu.


Untuk lelongan kali ke 5 jatuh lagi harga sebanyak 10%. Harga rumah tu akan jadi RM656,100.00


Untuk lelongan kali ke 6 jatuh lagi harga sebanyak 10%. Harga rumah tu akan jadi RM590,490.00... Begitulah seterusnya sehingga ada pembida yang berjaya membeli rumah tersebut.


Sebab tu sekarang ni terdapat banyak rumah lelong yang dijual murah-murah. Keadaan ini berlaku disebabkan rumah tu dah masuk lelong beberepa kali tapi masih belum terjual lagi.


Yang kesian, owner rumah tu lah. Lagi lama rumah tu tak terjual, lebih besar baki hutang yang perlu dibayar kepada pihak bank. 


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Sekiranya anda berminat nak membaca lebih banyak real case study tentang rumah lelong ini, boleh dapatkannya menerusi di link dibawah ...


Semoga bermanfaat.

Tolong share kan jika anda rasakan info ini bermanfaat.

Terima kasih kerana sudi membaca.


Info Berkaitan:

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)