Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Mungkin ramai tak perasan, sebenarnya lelongan awam juga ada dilaksanakan di bawah lembaga pembiayaan perumahan sektor awam iaitu LPPSA.
Lelongan LPSSA Pada 25 September |
Ramai yang bertanya, Kenapa LPPSA pun ada lelongan hartanah juga??
Jawapannya mudah sahaja.
Pembiayaan pinjaman tersebut tidak di bayar, tetapi bukan ke pinjaman perumahan tu terus tolak Gaji. Macam mana pulak tu?
Ini bagi kes yang mana berhenti kerja dari goverment. Yang mana pencen awal macam askar ker atau mohon bersara secara pilihan.
Selain itu, ada juga yang berhenti kerja untuk buat business sendiri atau tukar profession masuk syarikat swasta.
Jadi, pinjaman LPPSA ini yang sepatutnya mereka selesaikan atau pun mereka buat refinancing ke bank diluar sana.
Pada bulan ini LPPSA ada release kan lebih kurang 100 unit untuk di lelongkan pada 25 september nanti. Senarai penuh belum keluar lagi setakat ini. Nanti kalau dah ada, saya akan kongsikan senarai tersebut.
Apa yang menarik perhatian saya adalah berkaitan dengan unit ini.
Ini merupakan apartment yang baru siap. Pangsapuri Seri Iskandar dengan keluasan 798sqt. Apartment ini ada 3 bilik tidur, kalau tak silap saya ada swimming pool juga antara kemudahan yang disediakan di unit ini.
Harga rezabnya pula cuma RM130 ribu sahaja.
PoS Apartment Seri Iskandar yang akan di Lelong oleh LPSSA Pada 25 September 2021 |
Bila kita tengok detail pada pos ini, Peminjam ada no tentera samada di area lumut atau pun Seri Iskandar Perak. Banyak pembeli unit disini kemungkinan dari golongan tentera.
Berkemungkinan objectif mereka beli unit ini disebabkan nak duduk sendiri atau pun nak disewakan.
Kalau anda tengok listing LPPSA kali ini, Majoriti dalam PoS ada no tentera.
Sedih juga bila kita tengok keadaan tersebut.
Mungkin mereka kurang mendapat pendedahan berkaitan hartanah. Mungkin mereka ambil pinjaman LPPSA sekadar nak mengisi kelayakkan mereka.
Kadar Sewa Apartment Seri Iskandar di Mudah.my |
Kalau kita lihat pada kadar sewa apartment ini, iklan di mudah letak sewa sekitar RM550 sebulan. Pastinya dulu mereka beli unit ini adalah RM 200k ke atas. Anda boleh dapatkan detail tentang unit ini di internet ...
Harga lelong (reserved price) sedia ada tak boleh nak cover baki loan yang ada.
Lelongan LPSSA Pada 16 Oktober 2021
Untuk lelongan LPPSA pada 16 Oktober 2021 dah keluar senarai. Setakat ini ada 19 unit hartanah yang terlibat. Berkemungkinan akan ada pertambahan lagi bilangan hartanah yang akan dilelong semasa hari lelongan yang sebenar.
Senarai Hartanah Lelongan LPSSA Pada 16 Oktober 2021 |
Untuk belajar lebih mendalam tentang cara nak beli rumah lelong, boleh baca penulisan dibawah ...
- COMBO RUMAH SUBSALE -> https://ezy.la/RumahSubsale
- COMBO BERANI TRADE -> https://ezy.la/LaburFCPO
- PANDUAN LENGKAP BELI RUMAH LELONG -> https://ezy.la/RumahLelong
- PANDUAN BELI KERETA LELONG -> https://ezy.la/CaraBeliKeretaLelong
- RAHSIA TANAH ANDA -> https://ezy.la/RahsiaTanah
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga bermanfaat.
Tolong share kan jika anda rasakan info ini bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Info Berkaitan:
- Owner Muda Lagi Rumah Dah Kena Lelong...
- Homestay Di Ehsan Water Park : Harga Beli Cuma RM39 Ribu, Kadar Sewa RM160 Untuk 2 Hari 1 Malam.
- Rumah Semi D Harga RM178 Ribu
- Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu
- Studio Dekat AEON Dijual Pada Harga Lelong RM194 Ribu
- Kerugian Dalam Hartanah
- KECOH DI MEDIA SOSIAL : ADA RUMAH DI LELONG BAWAH HARGA RM10 RIBU
- Kereta Lelong Makin Rancak Sekarang - Kereta Mewah Reserve Price Bermula RM0
- Real Case Study : Harga Rumah Turun Dari RM500 Ribu Kepada RM171 Ribu
- Bankrap, Miskin, Tiada Duit : 4 Individu Kongsi Pengalaman Bagaimana Untuk Keluar Daripada Semua Permasalahan Tersebut?
- Kereta Mewah Kena Lelong Harga Murah-Murah
- Senarai 67 Hartanah Yang Akan Dilelong Pada 11 Ogos 2021
- Rumah Lelong semakin banyak dalam pasaran..
- Rumah Lelong Teres 3 Tingkat Pada 3 Ogos 2021..
- Ikhtibar : Muda-muda lagi rumah dah Kena Lelong
- 19 bulan Tertunggak bayaran Loan kereta....
- Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay
- PKP3.0 : Semoga rakan-rakan pengusaha Homestay dapat terus bersabar
- PKP 3.0 | Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh