PROMOSI MERDEKA DISKAUN 25%
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
6 hari terakhir pada bulan Ogos ini sempena Bulan Merdeka ini, ada berita baik untuk peminat-peminat dunia pelaburan hartanah, saham dan kereta lelong yang mana ada promosi 25% untuk rujukan-rujukan yang berkaitan.
Promosi Merdeka Diskaun 25% Untuk Dapatkan Panduan Rumah Lelong |
KECOH DI MEDIA SOSIAL : ADA RUMAH DI LELONG BAWAH HARGA RM10 RIBU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini heboh di media sosial apabila 2 orang pakar kewangan dan hartanah berkongsi tentang rumah-rumah yang di lelong pada harga rezab dibawah RM10 ribu. Bila baca, macam tak logikkan ada rumah yang dijual sehingga tahap murah macam tu. Tapi inilah realitinya. Boleh baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad dan tuan Shafie Bustan.
Ada rumah yang dilelong pada harga bawah RM10 ribu |
Kereta Lelong Makin Rancak sekarang - Kereta Mewah Reserve Price bermula RM0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pagi ini tengok tengok listing kereta lelong, makin banyak pilihannya. Setelah sekian lama aktiviti kereta lelong ditangguhkan disebabkan MCO, kini lelongan awam bagi kenderaan lelong sudah pun bermula.
Sekarang ini setiap minggu ada sahaja aktiviti lelongan kenderaan. Hampir setiap hari ada, cuma kita kena tahu pelelong mana yang conduct lelongan pada hari tersebut.
Jom kita lihat senarainya. Terdapat bermacam-macam kenderaan ada.
Mini Cooper (2012) di lelong bermula pada harga Rezab RM0 |
Jerat Hartanah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Seperti biasa jika ada kesempatan, saya akan melihat data-data lelong dari pihak bank dan juga pelelong berlesen diluar sana.
hari ini hati saya sedikit tersentuh, sedih melihat satu unit ini. Bila tengok nama orang kita tertera di proclamation of sale (POS) ini. Melihat umur peminjam yang sangat muda. Lahir pada tahun 1992, maknanya sekarang ini umur beliau baru sahaja 29 tahun. Kesian sungguh, muda-muda lagi sudah ada property yang kena lelong oleh pihak bank ...
Proclamation Of Sale (POS) Rumah Lelong di Shah Alam, mempunyai keluasan 829 sqt dilelong pada hara rezab RM315,900.00 |
Unit ini adalah SOHO unit. Boleh tengok pada layout dibawah:
- Mempunyai keluasan 829sqt.
- Freehold
- Lokasi strategic iaitu dekat dengan stesen komuter Sekyen 16 Shah Alam ...
- Mempunyai kemudahan yang cukup lengkap.
- Ada Swimming pool.
- Ada Gym.
Mempunyai kemudahan Gym dan Swimming Pool |
Mempunyai keluasan 829sqt (Rujuk pada Proclamation Of Sale (POS)) |
Melihat kepada keluasan unit ini iaitu 829sqt, menunjukkan ia adalah unit yang mempunyai keluasan paling besar.
Jom kita tengok pula sejarah unit ini semasa launching. Harga jualan dari RM240,000 hingga RM500,000. Dan sqt yang paling kecil bagi unit ini adalah 430sqt.
Analisa harga dan info unit ini semasa Launching |
Disebabkan harga paling mahal semasa launching ialah RM500,000 dan unit yang paling luas ialah 839 sqt, bermaksud harga jualan unit yang kena lelong ini adalah sekitar RM500,000 juga.
Tetapi sekarang ini unit ini telah di lelong dengan harga rezab RM315,900 (Rujuk pada Proclamation Of Sale (POS))
Perghhh.. Jauh betuk perbezaan harga tu.
Unit ini dilelong pada harga RM315,900 |
Berbalik semula kepada layout studio ini. Keluasan 829sqt besar sangat tu untuk sebuah unit studio.
Kalau kita beli apartment 3 bilik tidur pun ada yang 800sqt. Mungkin pembeli ini membut perancangan untuk buat partition bilik. Kalau kosong macam tu jer sapa pula nak sewa. Family tak akan sewa. Mungkin kalau ada yang nak sewa pun, syarikat yang nak buat work station.
Kalau nak di tambah dengan partition bilik, agak-agak berapa kos 1 partition?. Nak kena tambah bilik air lagi. Sebab bila dah ada banyak bilik, tentu bilik air sedia ada tidak mencukupi. Jadi macam duduk dekat asrama pula nanti, Kena que semasa nak mandi.
Apa pun perancangannya bila membeli unit begini, mesti ada kira-kira. Berapa kos tambahan yang diperlukan.
Boleh ada demand atau tidak ..
Berapa rental boleh dapat?
Reality tidak sama seperti di atas kertas. Kita forecast sewa yang tinggi, Kita forecast harga rumah naik banyak. Kita jangkakan sesuatu yang indah. Hakikatnya menjadi sebaliknya.
Sebab itu kita perlu prepare worst case scenario..
Jom tengok berapa iklan-iklan sewa disini. Range sewa antara RM800 ke RM1200 sebulan. Anda boleh survey sendiri yang mana buat tambahan bilik-bilik mungkin boleh dapat lebih.
Berbalik semula kepada unit ini. Jika harga belian semasa launching duluRM500,000. Andaikan loan dapat penjimatan contohnya RM450,000, sebulan kena bayar sebanyak RM2200 untuk loan bank.
Itu belum termasuk lagi dengan kos Maintenance. Katakan RM300 sebulan. Dekat situ sudah ada komitmen hutang sebanyak RM2500 sebulan. Berapa pula sewa boleh dapat.
Kalau tengok butiran dari pelelong, Unit ini adalah vacant ...
Perghhh ...
Bagi saya, bab cashflow bulanan tu tak kisah sangatlah. Yang kritikal adalah bab nak top up baki loan tu nanti.
Itu baru jadi satu masalah besar, jika baki loan tu masih ada lagi RM450,000, dan harga terjual pada lelongan awam adalah RM320,000.
Seleps rumah selesai di lelong, peminjam ini masih ada hutang lagi dengan bank sebanyak RM130,000.
Kena ingat segala kos melihatkan lelongan awam akan bank caj ke loan peminjam. Antara kos yang terlibat ialah:
- Kos lawyer
- kos valuer
- kos pelelongan
- dan lain-lain lagi.
Jangan terkejut jika baki loan tu naik.
Pada usia yang muda, nak cari duit untuk top up baki loan tu bukan senang.
Ada ke simpanan ratusan ribu ringgit?
Nak top up katakan RM150,000 ker, Itupun dengan andaian lelongan ini akan ada pembida yang berminat.
TAPI, saya jangkakan harga akan turun lagi disebabkan tiada pembida yang berminat dalam lelongan pada kali ini. Ramai yang akan tunggu harga rezab turun bawah RM300,000 disebabkan ini unit studio sahaja. Tak berbaloi nak beli SOHO lebih mahal daripada harga RM300,000.
Nak tambah bilik pun perlukan kos juga. Sama samalah kita saksikan nanti.
Jika lelongan kali ini tiada pembida, maka harga rezab tersebut akan turun lagi. Makin rendah harga rezab tersebut turun, semakin banyaklah owner ini kena top up baki loan tersebut di bank.
Jika tidak, bank akan proceed pada legal action dan boleh menyebabkan owner rumah di bankrupt kan.
Okay lah.. Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai data hartanah lelong.
Pesanan saya, nak beli hartanah biar dalam kemampuan kita.
Bacalah real case study diluar sana. Jadikan sebagai pengajaran. Belajar dulu process flow dalam hartanah supaya kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
P/s : Sekiranya anda nak beli rumah lelong yang harga murah-murah di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahLelong
P/s/s : Sekiranya anda nak beli rumah subsales di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahSubsale
Info Berkaitan:
- Real Case Study : Harga Rumah Turun Dari RM500 Ribu Kepada RM171 Ribu
- Bankrap, Miskin, Tiada Duit : 4 Individu Kongsi Pengalaman Bagaimana Untuk Keluar Daripada Semua Permasalahan Tersebut?
- Kereta Mewah Kena Lelong Harga Murah-Murah
- Senarai 67 Hartanah Yang Akan Dilelong Pada 11 Ogos 2021
- Rumah Lelong semakin banyak dalam pasaran..
- Rumah Lelong Teres 3 Tingkat Pada 3 Ogos 2021..
- Ikhtibar : Muda-muda lagi rumah dah Kena Lelong
- 19 bulan Tertunggak bayaran Loan kereta....
- Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay
- PKP3.0 : Semoga rakan-rakan pengusaha Homestay dapat terus bersabar
- PKP 3.0 | Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh
- Covid-19 : Alternatif Untuk Lebih 600 Ribu Isi Rumah M40 Tergelincir Ke Kategori B40
- Kesan Covid-19 : Harga Rumah Turun 16 Peratus
- Nak Refinance Rumah?
- Kereta sewa di Langkawi di'Lelong' semurah RM5,000
- Permohonan KWSP I-Citra telah dibuka
- BELAJAR STRATEGI PELABURAN HARTANAH DENGAN RUMAH BUSUK DAN LAIN-LAIN ILMU DAN KEMAHIRAN DI SAAT-SAAT KITA SEDANG STRUGGLE!
- SENARAI 22 LINK PERMOHONAN MORATORIUM 3.0 (TANPA SYARAT)
- Reality Dunia Trading Pada Hari Ini
Manfaatkan I-Citra dan Moratorium Untuk Tujuan MAKANAN dan PERUBATAN sahaja.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dalam post pada kali ini saya ingin kongsikan pandangan seorang Pakar kewangan Dr. Azizul Azli Ahmad berkaitan dengan cara manfaatkan I-Citra dan Moratorium untuk Tujuan MAKANAN dan PERUBATAN sahaja. Ini berdasarkan info yang beliau kongsikan dalam satu slot MHI TV3 yang mana beliau menjadi tetamu jemputan baru-baru ini.
Dr. Azizul Azli Ahmad dalam slot MHI TV3 berkaitan dengan I-Citra |
MANFAATKAN I CITRA HARI INI.
Sahabat sekalian, saya kongsikan sedikit panduan mengunakan I-Citra sebagai panduan buat kita semua.
Oleh kerana waktu singkat tak semua dapat saya kongsikan buat semua.
1. Kali ini kaedah pengeluaran adalah RM1000 sebulan untuk 5 bulan kedepan. Bermakna talian hayat kita hanya ada 5 bulan kedepan sahaja lagi.
2. Manfaatkan duit ini untuk tujuan MAKANAN dan PERUBATAN keluarga sahaja. Jangan guna untuk tujuan lain.
3. Jika Dana Kecemasan dah kembali kosong, manfaat duit ini untuk penuhkan kembali tabung yang ada.
4. Kita cuma dapat RM1000 sahaja sebulan kini bukan macam dulu sampai RM10,000 jadi belanja betul betul kawan kawan.
Jangan kahwin seorang lagi !
5. "Hutang aku banyak nie, ingat nak guna bayar hutang". Jangan kawan kawan. Saya ulangi jangan.
Ini sahaja cara mudah kita nak dapatkan tunai. Jika ada hutang struktur kembali dengan bank.
Panjangkan tempoh biaya agar ansuran bulanan jadi kecil. Jika itu pilihan yang ada.
6. Dalam keadaan sekarang, jangan hanya BERTAHAN, belajar juga MENYERANG.
Dengan hanya berjimat tapi kita tak usaha jana pendapatan. Kita akan tenggelam dalam perlumbaan Olimpik ini. Belajar menyerang.
7. Jika ada hutang kad kredit, kita harus selesaikan segera. Kadar hutang kad kredit, hutang pajak gadai antara hutang yang kadar setahun antara 15%-18% faedahnya. Tinggi gila!
8. Duit ini bukan untuk tujuan pelaburan, jangan nak sebok melabur dengan harapan akan beri pulangan antara 6-12 bulan.
Percayalah kita akan menyesal nantinya. tak padan dengan nilai duit yang kita ada. Pelaburan datang bersama dengan risikonya.
9. "Boleh tak saya beli emas bang?". fahami bahawa emas adalah pelaburan jangka panjang.
Nilai beza harga emas dari kita beli dan jual, upah simpan tak padan dengan nilai yang kita dapatkan kembali nanti. Simpan dulu impian beli emas kali ini kawan kawan.
10. Simpan duit ini sebaiknya di ASB atau Tabung Haji sahaja jika kita rasa tak terdesak nak guna lagi.
Kekalkan bekerja dan cari rezeki. Kita belum menang dan kita juga belum kalah.
Kawan kawan,
Kemarau ini panjang, jika kita lihat dah setahun kita tidak boleh jana pendapatan disitu.
Mungkin saatnya kita berhijrah kekawasan baru yang beri peluang hidup baru buat kita sekeluarga.
Siapa tahu, perubahan kecil bawa makna besar buat kita.
Jangan pernah putus asa, kita semua menumpang kebaikan dan usia yang dipinjamkan oleh yang Maha Esa.
Dibelakang kita ada keluarga, anak isteri yang bergantung harap pada kita.
Berjuanglah untuk apa yang kita yakini, tanpa berusaha membuktikan apa pun kepada siapa pun;
Tetaplah tenang dan tidak banyak bercakap, sebagaimana orang yang telah memiliki keberanian untuk menentukan takdirnya sendiri.
Sumber : FB Dr Azizul Azli Ahmad
---------------------------------- TAMAT------------------------------------
Jangan gunakan duit I-Citra dan Moratorium untuk tujuan lain kecuali Untuk Tujuan MAKANAN dan PERUBATAN sahaja.
Kalau perlukan duit untuk tujuan pelaburan, perniagaan dan sebagainya sila usahakan dengan cara yang lain seperti buat kerja part time, jalankan perniagaan sebagai ejen dropship, ejen affiliate, jadi youtuber, jadi blogger, menjual makanan secara food delivery dan sebagainya yang tidak perlu mengeluarkan banyak kos.
Berikut merupakan info-info yang mungkin dapat membantu anda untuk menghasilkan pendapatan sampingan secara part time dari rumah tanpa perlu mengusik duit Moratorim dan I-Citra:
- 5 Makanan Yang TERBUKTI Mempunyai Permintaan Tinggi Dalam Bisnes Food Delivery
- Cara jana 4 angka Seminggu Di Shopee
- Cara Buat Duit Melalui Blog
- Cara Buat Duit Di Youtube
- 5 Cara Hasilkan Pendapatan Dalam USD Yang Ramai Orang Buat Semasa PKP3.0
Semoga info yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat.
In Shaa Allah..
Info Berkaitan:
- Permohonan KWSP I-Citra Telah Dibuka
- SENARAI 22 LINK PERMOHONAN ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐.๐ (๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐)
- Covid-19 : Alternatif Untuk Lebih 600 Ribu Isi Rumah M40 Tergelincir Ke Kategori B40
- Panduan Berjimat Cermat Semasa PKP
- Cara nak keluar daripada Masalah Hutang
- Reality Dunia Trading Pada Hari Ini
- Para Pengusaha Homestay Boleh Menarik Nafas Lega Dengan Pemberian Moratorium Selama 6 Bulan. Syukur Alhamdulillah..
- Kereta Sewa Di Langkawi Di'Lelong' Semurah RM5,000