Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Ada yang bertanya, Ada tak rumah teres 2 tingkat bawah harga RM300 ribu??

Kalau di negeri Selangor biasanya memang susah nak dapat, Tapi nak kena tengok juga area mana ... 


Ini ada rumah teres 2 tingkat yang bersesuaian dengan budget yang ramai orang cari. Harga lelong rumah ialah RM243 ribu. Rumah teres intermediate dengan keluasan 20x70 beralamat di Puncak Alam.



Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu
Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu


Rumah-rumah baru yang ada sekarang ni mana nak dapat harga macam ni dah untuk rumah teres. Untuk harga macam ni biasanya boleh dapat apartment 3 bilik sahaja.


Kalau anda nak rumah yang selesa dan besar kenalah berkorban tinggal jauh sedikit dari bandar KL. Kalau nak cari rumah betul-betul tengah bandar KL mana boleh dapat harga macam tu.


Puncak Alam antara tempat yang menjadi pilihan untuk membeli rumah bagi mereka yang bekerja di kawasan KL
Puncak Alam antara tempat yang menjadi pilihan untuk membeli rumah bagi mereka yang bekerja di kawasan KL


Siapa yang beli rumah masa mula-mula dulu di Puncak Alam, rasa macam lambat jer nak naik harga rumah di kawasan ini. Betul tak ?? 


Rasa jauh sangat. Bertahun-tahun menunggu tempat tersebut matang. Sekarang ni banyak dah pembangunan dilaksanakan di area belah-belah sana. Siapa yang pernah pergi ke Puncak Alam 5 tahun lepas, cuba bandingkan dengan keadaaan di sana sekarang. Semakin ramai penduduk atau semakin sikit penduduk disana?? 


Persekitaran Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu
Persekitaran Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu


Kalau nak tahu, pergilah survey sendiri. Buat site visit, buat kira-kira. Mungkin dah bertahun kosong unit ini. Semakin lama semakin kurang rumah-rumah kosong di kawsan ini sebab dah semakin ramai yang berminat nak tinggal di sini.


Sesuai atau tidak dengan anda?, mampu atau tidak untuk bayar?

Anda tentu lebih faham dengan kedudukan kewangan korang anda. 

Tengok berapa modal ada?


Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu
Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu


Sekiranya anda belum bersedia tidak mengapa, Boleh baca dulu panduan beli rumah lelong.

Macam mana step-step yang terlibat? 

Apa kos yang terlibat?

Semuanya ada terdapat dalam link dibawah ...


Sempena minggu terakhir bulan Merdeka dengan sukacita ingin kongsikan berita gembira iaitu pemberian discount sebanyak 25% bagi setiap karya tuan Shafie Bustan.

 

Anda cuma perlu masukkan sahaja promo code di bawah: 


PROMO CODE : merdeka25% 


Tawaran ini sah sehingga 31 ogos 2021 sahaja.

Semua karya penulisan  ada dibawah ini.

Belajar tentang process flow dan risiko, boleh dapatkannya menerusi masuk link yang dikongsikan dibawah:  


Semoga bermanfaat.

Tolong share kan jika anda rasakan info ini bermanfaat.

Terima kasih kerana sudi membaca.


Info Berkaitan:

Studio dekat AEON dijual pada harga lelong RM194 ribu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pagi ini jom kita lihat salah satu property yang dilelongkan oleh pihak Hong Leong bank. Project ini siap pada tahun 2017, terletak berhampiran dengan AEON dan ada terdapat stesen MRT tidak jauh dari kawasan ini.


Studio dekat AEON dijual pada harga lelong RM194 ribu
Studio dekat AEON dijual pada harga lelong RM194 ribu

Kerugian dalam Hartanah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semua orang cerita untung dalam hartanah. Semua suka dengar benda yang indah, tapi data lelong yang ada diinternet ini menceritakan perkara yang sebalik nya. Mari kita lihat dari sudut yang lain pula. 


Data rumah Lelong yang menunjukkan kerugian dalam hartanah
Data rumah Lelong yang menunjukkan kerugian dalam hartanah

PROMOSI MERDEKA DISKAUN 25%

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


6 hari terakhir pada bulan Ogos ini sempena Bulan Merdeka ini, ada berita baik untuk peminat-peminat dunia pelaburan hartanah, saham dan kereta lelong yang mana ada promosi 25% untuk rujukan-rujukan yang berkaitan.


Promosi Merdeka Diskaun 25% Untuk Dapatkan Panduan Rumah Lelong
Promosi Merdeka Diskaun 25% Untuk Dapatkan Panduan Rumah Lelong

KECOH DI MEDIA SOSIAL : ADA RUMAH DI LELONG BAWAH HARGA RM10 RIBU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hari ini heboh di media sosial apabila 2 orang pakar kewangan dan hartanah berkongsi tentang rumah-rumah yang di lelong pada harga rezab dibawah RM10 ribu. Bila baca, macam tak logikkan ada rumah yang dijual sehingga tahap murah macam tu. Tapi inilah realitinya. Boleh baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad dan tuan Shafie Bustan.


Ada rumah yang dilelong pada harga bawah RM10 ribu
Ada rumah yang dilelong pada harga bawah RM10 ribu

Kereta Lelong Makin Rancak sekarang - Kereta Mewah Reserve Price bermula RM0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pagi ini tengok tengok listing kereta lelong, makin banyak pilihannya. Setelah sekian lama aktiviti kereta lelong ditangguhkan disebabkan MCO, kini lelongan awam bagi kenderaan lelong sudah pun bermula. 


Sekarang ini setiap minggu ada sahaja aktiviti lelongan kenderaan. Hampir setiap hari ada, cuma kita kena tahu pelelong mana yang conduct lelongan pada hari tersebut. 


Jom kita lihat senarainya. Terdapat bermacam-macam kenderaan ada.


Mini Cooper (2012) di lelong bermula pada harga Rezab RM0
Mini Cooper (2012) di lelong bermula pada harga Rezab RM0

Jerat Hartanah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Seperti biasa jika ada kesempatan, saya akan melihat data-data lelong dari pihak bank dan juga pelelong berlesen diluar sana.


hari ini hati saya sedikit tersentuh, sedih melihat satu unit ini. Bila tengok nama orang kita tertera di proclamation of sale (POS) ini. Melihat umur peminjam yang sangat muda. Lahir pada tahun 1992, maknanya sekarang ini umur beliau baru sahaja 29 tahun. Kesian sungguh, muda-muda lagi sudah ada property yang kena lelong oleh pihak bank ... 

Proclamation Of Sale (POS) Rumah Lelong di Shah Alam
Proclamation Of Sale (POS) Rumah Lelong di Shah Alam, mempunyai keluasan 829 sqt dilelong pada hara rezab RM315,900.00

Unit ini adalah SOHO unit. Boleh tengok pada layout dibawah:

  • Mempunyai keluasan 829sqt.
  • Freehold 
  • Lokasi strategic iaitu dekat dengan stesen komuter Sekyen 16 Shah Alam ... 
  • Mempunyai kemudahan yang cukup lengkap.
  • Ada Swimming pool.
  • Ada Gym. 

 

Mempunyai kemudahan Gym dan Swimming Pool
Mempunyai kemudahan Gym dan Swimming Pool


Mempunyai keluasan 829sqt
Mempunyai keluasan 829sqt (Rujuk pada Proclamation Of Sale (POS))


Melihat kepada keluasan unit ini iaitu 829sqt, menunjukkan ia adalah unit yang mempunyai keluasan paling besar.


Jom kita tengok pula sejarah unit ini semasa launching. Harga jualan dari RM240,000 hingga RM500,000. Dan sqt yang paling kecil bagi unit ini adalah 430sqt.


Analisa harga dan info unit ini semasa Launching
Analisa harga dan info unit ini semasa Launching


Disebabkan harga paling mahal semasa launching ialah RM500,000 dan unit yang paling luas ialah 839 sqt, bermaksud harga jualan unit yang kena lelong ini adalah sekitar RM500,000 juga.

Tetapi sekarang ini unit ini telah di lelong dengan harga rezab RM315,900 (Rujuk pada Proclamation Of Sale (POS)) 

Perghhh.. Jauh betuk perbezaan harga tu. 


Unit ini dilelong pada harga RM315,900
Unit ini dilelong pada harga RM315,900


Berbalik semula kepada layout studio ini. Keluasan 829sqt besar sangat tu untuk sebuah unit studio.


Kalau kita beli apartment 3 bilik tidur pun ada yang 800sqt. Mungkin pembeli ini membut perancangan untuk buat partition bilik. Kalau kosong macam tu jer sapa pula nak sewa. Family tak akan sewa. Mungkin kalau ada yang nak sewa pun, syarikat yang nak buat work station.


Kalau nak di tambah dengan partition bilik, agak-agak berapa kos 1 partition?. Nak kena tambah bilik air lagi. Sebab bila dah ada banyak bilik, tentu bilik air sedia ada tidak mencukupi. Jadi macam duduk dekat asrama pula nanti, Kena que semasa nak mandi.


Apa pun perancangannya bila membeli unit begini, mesti ada kira-kira. Berapa kos tambahan yang diperlukan.

Boleh ada demand atau tidak .. 

Berapa rental boleh dapat?


Reality tidak sama seperti di atas kertas. Kita forecast sewa yang tinggi, Kita forecast harga rumah naik banyak. Kita jangkakan sesuatu yang indah. Hakikatnya menjadi sebaliknya. 

Sebab itu kita perlu prepare worst case scenario..


Jom tengok berapa iklan-iklan sewa disini. Range sewa antara RM800 ke RM1200 sebulan. Anda boleh survey sendiri yang mana buat tambahan  bilik-bilik mungkin boleh dapat lebih.


Berbalik semula kepada unit ini. Jika harga belian semasa launching duluRM500,000. Andaikan loan dapat penjimatan contohnya RM450,000, sebulan kena bayar sebanyak RM2200 untuk loan bank.


Itu belum termasuk lagi dengan kos Maintenance. Katakan RM300 sebulan. Dekat situ sudah ada komitmen hutang sebanyak RM2500 sebulan. Berapa pula sewa boleh dapat.

Kalau tengok butiran dari pelelong, Unit ini adalah vacant ... 

Perghhh ... 


Bagi saya, bab cashflow bulanan tu tak kisah sangatlah. Yang kritikal adalah bab nak top up baki loan tu nanti. 


Itu baru jadi satu masalah besar, jika baki loan tu masih ada lagi RM450,000, dan harga terjual pada lelongan awam adalah RM320,000.


Seleps rumah selesai di lelong, peminjam ini masih ada hutang lagi dengan bank sebanyak RM130,000.

 

Kena ingat segala kos melihatkan lelongan awam akan bank caj ke loan peminjam. Antara kos yang terlibat ialah:

  • Kos lawyer
  • kos valuer 
  • kos pelelongan 
  • dan lain-lain lagi.


Jangan terkejut jika baki loan tu naik.


Pada usia yang muda, nak cari duit untuk top up baki loan tu bukan senang. 

Ada ke simpanan ratusan ribu ringgit?


Nak top up katakan RM150,000 ker, Itupun dengan andaian lelongan ini akan ada pembida yang berminat.


TAPI, saya jangkakan harga akan turun lagi disebabkan tiada pembida yang berminat dalam lelongan pada kali ini. Ramai yang akan tunggu harga rezab turun bawah RM300,000 disebabkan ini unit studio sahaja. Tak berbaloi nak beli SOHO lebih mahal daripada harga RM300,000.


Nak tambah bilik pun perlukan kos juga. Sama samalah kita saksikan nanti. 


Jika lelongan kali ini tiada pembida, maka harga rezab tersebut akan turun lagi. Makin rendah harga rezab tersebut turun, semakin banyaklah owner ini kena top up baki loan tersebut di bank.


Jika tidak, bank akan proceed pada legal action dan boleh menyebabkan owner rumah di bankrupt kan.


Okay lah.. Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai data hartanah lelong.

Pesanan saya, nak beli hartanah biar dalam kemampuan kita.

Bacalah real case study diluar sana. Jadikan sebagai pengajaran. Belajar dulu process flow dalam hartanah supaya kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


Semoga bermanfaat.

P/s : Sekiranya anda nak beli rumah lelong yang harga murah-murah di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahLelong

P/s/s : Sekiranya anda nak beli rumah subsales di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahSubsale

Info Berkaitan:


Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)