Galleria Equine Park Harga Asal RM270 Ribu sekarang jadi RM157 Ribu.....
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dalam post pada kali ini saya nak kongsikan tentang satu unit rumah lelong di Seri Kembangan, Selangor. Tempat yang mungkin anda pun dah tahu iaitu di Galleria Equine Park. Macam-macam kemudahan ada di kawasan ini...
- Ada MRT stesen
- Ada MC Donlads
- Ada AEON
- dan terdapat bermacam-macam lagi kemudahan yang boleh di perolehi di kawasan ini.
![]() |
Galleria Equine Park Seri Kembangan, Selangor siap ada swimming Pool lagi.. |
Lambakan Hartanah lelong dijangka peningkatan 5000 rumah sebulan selepas moratorium berakhir
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dalam akhbar Utusan Malaysia semalam ada berita pasal hartanah lelong. Dekat paparan muka depan lagi. Dalam artikel tersebut menyatakan di jangka terdapat peningkatan 5000 unit rumah lelong selepas moratorium berakhir. Dalam pasaran sedia ada sekarang ni pun listing lelong dah bertambah. Lepas moratorium berakhir nanti lagi lah bertambah. Dasyat..
![]() |
Hartanah lelong naik 40% : Dijangka peningkatan 5,000 rumah sebulan selepas moratorium berakhir |
Kenapa Beli Rumah tak dapat free gift ???
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pagi ini kita nak borak-borak tentang rumah lelong. Soalan yang biasa di tanya berkaitan dengan rumah lelong ini...
"Kenapa saya beli unit lelong tak de pun free gift ???....
Tak macam gambar yang biasa Encik Shafie Bustan share "
![]() |
Contoh free gift yang Encik Shafie Bustan dapat semasa membeli rumah lelong |
Senarai 122 unit lelong Di Bawah CIMB Bank
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pada kali ini saya nak kongsikan sikit listing lelong dari pihak bank. Kali ini pihak CIMB bank nak lelong lebih kurang 122 unit yang akan di kendalikan oleh 1 pelelong. Sebenarnya ada banyak lagi bank-bank yang lelongkan unit mereka. Nanti kalau ada kesempatan saya akan kongsikan dari masa ke semasa.
Senarai 122 unit lelong Di Bawah CIMB Bank...
Anda boleh tengok tengok dulu harga rezab setiap unit lelong yang yang ada dalam senarai di bawah. keluasan (Sqt) pun ada dinyatakan di situ. Alamat lengkap pun ada.
Discount Hartanah RM500k, Harga jadi RM229k
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Bila tengok unit commercial yang kena lelong, rasa ngeri bila tengok harga lelongan yang dah turun kaw-kaw punya.
Ini merupakan salah satu contoh Lelongan awam under RHB bank. Setakat ini harga Sudah pun turun sebanyak RM500,900, menjadikan harga rezab cuma RM229,000 sahaja.
![]() |
Discount Hartanah RM500k, Harga jadi RM229k |
Senarai Hampir 100 Unit Rumah yang akan dilelong Oleh LPPSA...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sebelum ini saya ada kongsikan satu post yang bertajuk Lelongan LPSSA Pada 25 September Dan 16 Oktober 2021. Ramai yang membaca Post tersebut. Ini menunjukkan ramai yang berminat dengan lelongan LPPSA. Ramai juga yang hairan kenapa ada lelongan lppsa? Bukannya ada staf government yang kena buang kerja.
![]() |
Lot 1 : Contoh Rumah yang akan dilelong Oleh LPPSA pada harga Rezab RM40,000 |
Owner Muda lagi Rumah dah Kena lelong...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini sempena sambutan Bulan kebangsaan yang ke 64, saya kongsikan satu data rumah lelong dari Negeri Sembilan iaitu merupakan sebuah rumah teres 2 tingkat.
Rumah ni baru lagi siap, masih virgin, masih vacant, Putih berseri seri catnya.
![]() |
Rumah Lelong di Seremban, Negeri Sembilan |
Homestay di Ehsan Water Park : Harga Beli Cuma RM39 ribu, kadar sewa RM160 untuk 2 hari 1 malam.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, Orang negeri Sembilan dah boleh tersenyum. Dah boleh lepak dekat pantai Yeaw.. Dah boleh rentas daerah.
Yang mana dah lama tak ke port dickson, ini lah masanya nak ambil angin laut .
Best sangat tu..
![]() |
View Swimming Pool di Ehsan Water Park, Port Dickson |
Rumah Semi D harga RM178 ribu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Betul ker ada semi D harga bawah RM 200 ribu? Jom kita tengok detailnya. Hari ini saya nak bawa anda tengok rumah lelong di negeri Kedah. Negeri jelapang padi. Disebabkan ada yang request nak minta kongsikan listing rumah lelong untuk negeri Kedah. jadi, ini yang dapat saya kongsikan.
![]() |
Rumah Semi D harga RM178 ribu |
Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Ada yang bertanya, Ada tak rumah teres 2 tingkat bawah harga RM300 ribu??
Kalau di negeri Selangor biasanya memang susah nak dapat, Tapi nak kena tengok juga area mana ...
Ini ada rumah teres 2 tingkat yang bersesuaian dengan budget yang ramai orang cari. Harga lelong rumah ialah RM243 ribu. Rumah teres intermediate dengan keluasan 20x70 beralamat di Puncak Alam.
![]() |
Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu |
Rumah-rumah baru yang ada sekarang ni mana nak dapat harga macam ni dah untuk rumah teres. Untuk harga macam ni biasanya boleh dapat apartment 3 bilik sahaja.
Kalau anda nak rumah yang selesa dan besar kenalah berkorban tinggal jauh sedikit dari bandar KL. Kalau nak cari rumah betul-betul tengah bandar KL mana boleh dapat harga macam tu.
![]() |
Puncak Alam antara tempat yang menjadi pilihan untuk membeli rumah bagi mereka yang bekerja di kawasan KL |
Siapa yang beli rumah masa mula-mula dulu di Puncak Alam, rasa macam lambat jer nak naik harga rumah di kawasan ini. Betul tak ??
Rasa jauh sangat. Bertahun-tahun menunggu tempat tersebut matang. Sekarang ni banyak dah pembangunan dilaksanakan di area belah-belah sana. Siapa yang pernah pergi ke Puncak Alam 5 tahun lepas, cuba bandingkan dengan keadaaan di sana sekarang. Semakin ramai penduduk atau semakin sikit penduduk disana??
![]() |
Persekitaran Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu |
Kalau nak tahu, pergilah survey sendiri. Buat site visit, buat kira-kira. Mungkin dah bertahun kosong unit ini. Semakin lama semakin kurang rumah-rumah kosong di kawsan ini sebab dah semakin ramai yang berminat nak tinggal di sini.
Sesuai atau tidak dengan anda?, mampu atau tidak untuk bayar?
Anda tentu lebih faham dengan kedudukan kewangan korang anda.
Tengok berapa modal ada?
![]() |
Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu |
Sekiranya anda belum bersedia tidak mengapa, Boleh baca dulu panduan beli rumah lelong.
Macam mana step-step yang terlibat?
Apa kos yang terlibat?
Semuanya ada terdapat dalam link dibawah ...
Sempena minggu terakhir bulan Merdeka dengan sukacita ingin kongsikan berita gembira iaitu pemberian discount sebanyak 25% bagi setiap karya tuan Shafie Bustan.
Anda cuma perlu masukkan sahaja promo code di bawah:
PROMO CODE : merdeka25%
Tawaran ini sah sehingga 31 ogos 2021 sahaja.
Semua karya penulisan ada dibawah ini.
Belajar tentang process flow dan risiko, boleh dapatkannya menerusi masuk link yang dikongsikan dibawah:
- COMBO RUMAH SUBSALE -> https://ezy.la/RumahSubsale
- COMBO BERANI TRADE -> https://ezy.la/LaburFCPO
- PANDUAN LENGKAP BELI RUMAH LELONG -> https://ezy.la/RumahLelong
- PANDUAN BELI KERETA LELONG -> https://ezy.la/CaraBeliKeretaLelong
- RAHSIA TANAH ANDA -> https://ezy.la/RahsiaTanah
Semoga bermanfaat.
Tolong share kan jika anda rasakan info ini bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Info Berkaitan:
- Studio Dekat AEON Dijual Pada Harga Lelong RM194 Ribu
- Kerugian Dalam Hartanah
- KECOH DI MEDIA SOSIAL : ADA RUMAH DI LELONG BAWAH HARGA RM10 RIBU
- Kereta Lelong Makin Rancak Sekarang - Kereta Mewah Reserve Price Bermula RM0
- Real Case Study : Harga Rumah Turun Dari RM500 Ribu Kepada RM171 Ribu
- Bankrap, Miskin, Tiada Duit : 4 Individu Kongsi Pengalaman Bagaimana Untuk Keluar Daripada Semua Permasalahan Tersebut?
- Kereta Mewah Kena Lelong Harga Murah-Murah
- Senarai 67 Hartanah Yang Akan Dilelong Pada 11 Ogos 2021
- Rumah Lelong semakin banyak dalam pasaran..
- Rumah Lelong Teres 3 Tingkat Pada 3 Ogos 2021..
- Ikhtibar : Muda-muda lagi rumah dah Kena Lelong
- 19 bulan Tertunggak bayaran Loan kereta....
- Satu Lagi Iklan Homestay Dikeluarkan dari Blog atas permintaan anak Pemilik Homestay
- PKP3.0 : Semoga rakan-rakan pengusaha Homestay dapat terus bersabar
- PKP 3.0 | Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh
Studio dekat AEON dijual pada harga lelong RM194 ribu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pagi ini jom kita lihat salah satu property yang dilelongkan oleh pihak Hong Leong bank. Project ini siap pada tahun 2017, terletak berhampiran dengan AEON dan ada terdapat stesen MRT tidak jauh dari kawasan ini.
![]() |
Studio dekat AEON dijual pada harga lelong RM194 ribu |
PROMOSI MERDEKA DISKAUN 25%
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
6 hari terakhir pada bulan Ogos ini sempena Bulan Merdeka ini, ada berita baik untuk peminat-peminat dunia pelaburan hartanah, saham dan kereta lelong yang mana ada promosi 25% untuk rujukan-rujukan yang berkaitan.
![]() |
Promosi Merdeka Diskaun 25% Untuk Dapatkan Panduan Rumah Lelong |
KECOH DI MEDIA SOSIAL : ADA RUMAH DI LELONG BAWAH HARGA RM10 RIBU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini heboh di media sosial apabila 2 orang pakar kewangan dan hartanah berkongsi tentang rumah-rumah yang di lelong pada harga rezab dibawah RM10 ribu. Bila baca, macam tak logikkan ada rumah yang dijual sehingga tahap murah macam tu. Tapi inilah realitinya. Boleh baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad dan tuan Shafie Bustan.
![]() |
Ada rumah yang dilelong pada harga bawah RM10 ribu |
Betul ker harga rumah turun ???
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Betul ker harga rumah turun ???
Ini antara persoalan yang sering timbul sekarang ini ...
Betul ker harga rumah turun??
Tak kanlah harga rumah boleh jatuh pulak..
Ramai cakap setiap tahun harga rumah naik..
Senarai 67 Hartanah Yang Akan Dilelong Pada 11 Ogos 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Untuk makluman, bermula pada bulan Ogos ini aktiviti lelong akan berjalan seperti biasa setelah direhatkan sebelum ini akibat pelaksanannPKP/MCO.
List hartanah yang akan dilelong pun dah keluar. Boleh tahan juga bilangan hartanah yang akan kena lelong pada waktu ini. Berikut merupakan senarai 67 Hartanah Yang Akan Dilelong Pada 11 Ogos 2021