Showing posts with label hARTANAH. Show all posts
Showing posts with label hARTANAH. Show all posts

Peluang Tambah Pendapatan Secara Part Time atau Full Time sebagai Ejen Hartanah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam post pada kali ini saya nak kongsikan satu berita baik! 
Terutamanya kepada anda yang sedang tercari-cari peluang BISNES & KERJAYA yang lebih LUMAYAN!
TANPA  perlu keluarkan MODAL yang BESAR!
TAPI mampu memberikan hasil PENDAPATAN yang LUMAYAN!
BOLEH dilakukan secara FULL-TIME atau pun PART-TME!

Iaitu sebagai seorang Ejen Hartanah.. 

Rumah flat boleh buat homestay ke?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Ada sorang kawan saya ni... Asalnya dia beli dan duduk kat rumah flat je.. Lepas beberapa tahun, Alhamdulilah, murah rezeki dia.. Dia dapat beli rumah teres dan dia pun pindah rumah teres yang baru tu.

Gambar sekadar hiasan..
Sumber : Klik Di Sini

BANYAK RUMAH LELONG LEPAS RAYA....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seperti yang pernah saya kongsikan dalam Post pada tahun lepas... Kebiasannya banyak senarai rumah lelong lepas raya.

Sekiranya anda kali pertama mengunjungi blog ini, boleh baca Post Rumah Lelong pada Musim Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas
-> Ratusan Rumah Di Lelong Menjelang Dan Semasa Musim Perayaan Aidilfitri..... (Klik Di Sini)

Nampaknya pada tahun ini juga tidak kurang hebatnya... Terdapat banyak lambakan Rumah Lelong dalam Pasaran Selepas hari Raya Aidilfitri..

Senarai Rumah yang akan dilelong selepas Hari Raya Aidilfitri..
Senarai Rumah yang akan dilelong selepas Hari Raya Aidilfitri 2023.. 

'Sukar untuk halang harga rumah naik' : Harian Metro 13 Januari 2023

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Saya tertarik dengan salah satu tajuk berita dalam Akhbar Harian Metro pagi ni iaitu 'Sukar Untuk Halang Harga Rumah Naik'


Sumber : Klik Di Sini

7 KELEMAHAN ATAU KEBURUKAN BELI RUMAH HIGH-DENSITY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dalam post sebelum ini ada kongsikan tentang Risiko Membeli Hartanah Di Kawasan Pelancongan.... (Klik Di Sini)
Sekiranya anda terlepas membaca post sebelum ini, boleh klik pada link di atas.


Gambar Hiasan : projek high density di India (Sumber daripada Video Tiktok)

Kalau lah aku tahu dulu... Dengan modal RM10 membolehkan aku dapat RM4000 percuma pada setiap tahun...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Baru balik daripada menemani ayah Saya menghadiri mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad (KPK) kali ke 39/22...

Mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad (KPK) kali ke 39/22

Dulu Unit Lelong.... Kini Homestay..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Selain berkongsi info-info tentang Homestay yang terdapat di seluruh Malaysia.. Kalau anda perasan... Blog ini juga turut berkongsi info-info tentang rumah-rumah lelong. 


Bagi pembaca yang baru pertama kali mengunjungi blog ini tentu rasa terkejut.. Kata blog Carian Homestay Malaysia... Kenapa ada juga berkongsi info-info berkaitan dengan rumah lelong?


Dulu Unit Lelong.... Kini Homestay..
Dulu Unit Lelong.... Kini Homestay..

Senarai Hartanah Lelong UOB BANK DAN MBSB , BSN Pada 24 Mac 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Dalam post pada kali ini saya nak update lagi tentang senarai rumah/hartanah lelong. Senarai hartanah Lelong pada kali ini dikeluarkan oleh UOB BANK DAN MBSB, BSN  yang akan dilaksanakan sesi lelongan tersebut pada 24 Mac 2022.

Penthouse - harga rezab RM95k tapi terjual pada Harga RM312K.... Untung ke Rugi??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Dalam post pada kali ini nak kongsikan satu lagi real case study berkaitan dengan rumah lelong.. Peristiwa yang baru sahaja berlaku pada hari ini (17 Disember 2021)


Penthouse - harga rezab RM95k tapi terjual pada Harga RM312K
Penthouse - harga rezab RM95k tapi terjual pada Harga RM312K

LABUR ATAU LEBUR - Bilangan rumah untuk dilelong bank meningkat, bilangan muflis bertambah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Inilah kisah pelaburan di zaman Pendemik juga di zaman endemik. Ramai orang sedang menghadapinya. Ramai orang sedang melaluinya.


LABUR ATAU LEBUR - Bilangan rumah untuk dilelong bank meningkat, bilangan muflis bertambah
LABUR ATAU LEBUR - Bilangan rumah untuk dilelong bank meningkat, bilangan muflis bertambah

Kenapa Beli Rumah tak dapat free gift ???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pagi ini kita nak borak-borak tentang rumah lelong. Soalan yang biasa di tanya berkaitan dengan rumah lelong ini...


"Kenapa saya beli unit lelong tak de pun free gift ???....

Tak macam gambar yang biasa Encik Shafie Bustan share "  


Contoh free gift yang Encik Shafie Bustan dapat semasa membeli rumah lelong
Contoh free gift yang Encik Shafie Bustan dapat semasa membeli rumah lelong

Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Ada yang bertanya, Ada tak rumah teres 2 tingkat bawah harga RM300 ribu??

Kalau di negeri Selangor biasanya memang susah nak dapat, Tapi nak kena tengok juga area mana ... 


Ini ada rumah teres 2 tingkat yang bersesuaian dengan budget yang ramai orang cari. Harga lelong rumah ialah RM243 ribu. Rumah teres intermediate dengan keluasan 20x70 beralamat di Puncak Alam.



Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu
Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu


Rumah-rumah baru yang ada sekarang ni mana nak dapat harga macam ni dah untuk rumah teres. Untuk harga macam ni biasanya boleh dapat apartment 3 bilik sahaja.


Kalau anda nak rumah yang selesa dan besar kenalah berkorban tinggal jauh sedikit dari bandar KL. Kalau nak cari rumah betul-betul tengah bandar KL mana boleh dapat harga macam tu.


Puncak Alam antara tempat yang menjadi pilihan untuk membeli rumah bagi mereka yang bekerja di kawasan KL
Puncak Alam antara tempat yang menjadi pilihan untuk membeli rumah bagi mereka yang bekerja di kawasan KL


Siapa yang beli rumah masa mula-mula dulu di Puncak Alam, rasa macam lambat jer nak naik harga rumah di kawasan ini. Betul tak ?? 


Rasa jauh sangat. Bertahun-tahun menunggu tempat tersebut matang. Sekarang ni banyak dah pembangunan dilaksanakan di area belah-belah sana. Siapa yang pernah pergi ke Puncak Alam 5 tahun lepas, cuba bandingkan dengan keadaaan di sana sekarang. Semakin ramai penduduk atau semakin sikit penduduk disana?? 


Persekitaran Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu
Persekitaran Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu


Kalau nak tahu, pergilah survey sendiri. Buat site visit, buat kira-kira. Mungkin dah bertahun kosong unit ini. Semakin lama semakin kurang rumah-rumah kosong di kawsan ini sebab dah semakin ramai yang berminat nak tinggal di sini.


Sesuai atau tidak dengan anda?, mampu atau tidak untuk bayar?

Anda tentu lebih faham dengan kedudukan kewangan korang anda. 

Tengok berapa modal ada?


Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu
Rumah teres 2 tingkat di Pucak Alam RM243 ribu


Sekiranya anda belum bersedia tidak mengapa, Boleh baca dulu panduan beli rumah lelong.

Macam mana step-step yang terlibat? 

Apa kos yang terlibat?

Semuanya ada terdapat dalam link dibawah ...


Sempena minggu terakhir bulan Merdeka dengan sukacita ingin kongsikan berita gembira iaitu pemberian discount sebanyak 25% bagi setiap karya tuan Shafie Bustan.

 

Anda cuma perlu masukkan sahaja promo code di bawah: 


PROMO CODE : merdeka25% 


Tawaran ini sah sehingga 31 ogos 2021 sahaja.

Semua karya penulisan  ada dibawah ini.

Belajar tentang process flow dan risiko, boleh dapatkannya menerusi masuk link yang dikongsikan dibawah:  


Semoga bermanfaat.

Tolong share kan jika anda rasakan info ini bermanfaat.

Terima kasih kerana sudi membaca.


Info Berkaitan:

Studio dekat AEON dijual pada harga lelong RM194 ribu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pagi ini jom kita lihat salah satu property yang dilelongkan oleh pihak Hong Leong bank. Project ini siap pada tahun 2017, terletak berhampiran dengan AEON dan ada terdapat stesen MRT tidak jauh dari kawasan ini.


Studio dekat AEON dijual pada harga lelong RM194 ribu
Studio dekat AEON dijual pada harga lelong RM194 ribu

Jerat Hartanah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Seperti biasa jika ada kesempatan, saya akan melihat data-data lelong dari pihak bank dan juga pelelong berlesen diluar sana.


hari ini hati saya sedikit tersentuh, sedih melihat satu unit ini. Bila tengok nama orang kita tertera di proclamation of sale (POS) ini. Melihat umur peminjam yang sangat muda. Lahir pada tahun 1992, maknanya sekarang ini umur beliau baru sahaja 29 tahun. Kesian sungguh, muda-muda lagi sudah ada property yang kena lelong oleh pihak bank ... 

Proclamation Of Sale (POS) Rumah Lelong di Shah Alam
Proclamation Of Sale (POS) Rumah Lelong di Shah Alam, mempunyai keluasan 829 sqt dilelong pada hara rezab RM315,900.00

Unit ini adalah SOHO unit. Boleh tengok pada layout dibawah:

  • Mempunyai keluasan 829sqt.
  • Freehold 
  • Lokasi strategic iaitu dekat dengan stesen komuter Sekyen 16 Shah Alam ... 
  • Mempunyai kemudahan yang cukup lengkap.
  • Ada Swimming pool.
  • Ada Gym. 

 

Mempunyai kemudahan Gym dan Swimming Pool
Mempunyai kemudahan Gym dan Swimming Pool


Mempunyai keluasan 829sqt
Mempunyai keluasan 829sqt (Rujuk pada Proclamation Of Sale (POS))


Melihat kepada keluasan unit ini iaitu 829sqt, menunjukkan ia adalah unit yang mempunyai keluasan paling besar.


Jom kita tengok pula sejarah unit ini semasa launching. Harga jualan dari RM240,000 hingga RM500,000. Dan sqt yang paling kecil bagi unit ini adalah 430sqt.


Analisa harga dan info unit ini semasa Launching
Analisa harga dan info unit ini semasa Launching


Disebabkan harga paling mahal semasa launching ialah RM500,000 dan unit yang paling luas ialah 839 sqt, bermaksud harga jualan unit yang kena lelong ini adalah sekitar RM500,000 juga.

Tetapi sekarang ini unit ini telah di lelong dengan harga rezab RM315,900 (Rujuk pada Proclamation Of Sale (POS)) 

Perghhh.. Jauh betuk perbezaan harga tu. 


Unit ini dilelong pada harga RM315,900
Unit ini dilelong pada harga RM315,900


Berbalik semula kepada layout studio ini. Keluasan 829sqt besar sangat tu untuk sebuah unit studio.


Kalau kita beli apartment 3 bilik tidur pun ada yang 800sqt. Mungkin pembeli ini membut perancangan untuk buat partition bilik. Kalau kosong macam tu jer sapa pula nak sewa. Family tak akan sewa. Mungkin kalau ada yang nak sewa pun, syarikat yang nak buat work station.


Kalau nak di tambah dengan partition bilik, agak-agak berapa kos 1 partition?. Nak kena tambah bilik air lagi. Sebab bila dah ada banyak bilik, tentu bilik air sedia ada tidak mencukupi. Jadi macam duduk dekat asrama pula nanti, Kena que semasa nak mandi.


Apa pun perancangannya bila membeli unit begini, mesti ada kira-kira. Berapa kos tambahan yang diperlukan.

Boleh ada demand atau tidak .. 

Berapa rental boleh dapat?


Reality tidak sama seperti di atas kertas. Kita forecast sewa yang tinggi, Kita forecast harga rumah naik banyak. Kita jangkakan sesuatu yang indah. Hakikatnya menjadi sebaliknya. 

Sebab itu kita perlu prepare worst case scenario..


Jom tengok berapa iklan-iklan sewa disini. Range sewa antara RM800 ke RM1200 sebulan. Anda boleh survey sendiri yang mana buat tambahan  bilik-bilik mungkin boleh dapat lebih.


Berbalik semula kepada unit ini. Jika harga belian semasa launching duluRM500,000. Andaikan loan dapat penjimatan contohnya RM450,000, sebulan kena bayar sebanyak RM2200 untuk loan bank.


Itu belum termasuk lagi dengan kos Maintenance. Katakan RM300 sebulan. Dekat situ sudah ada komitmen hutang sebanyak RM2500 sebulan. Berapa pula sewa boleh dapat.

Kalau tengok butiran dari pelelong, Unit ini adalah vacant ... 

Perghhh ... 


Bagi saya, bab cashflow bulanan tu tak kisah sangatlah. Yang kritikal adalah bab nak top up baki loan tu nanti. 


Itu baru jadi satu masalah besar, jika baki loan tu masih ada lagi RM450,000, dan harga terjual pada lelongan awam adalah RM320,000.


Seleps rumah selesai di lelong, peminjam ini masih ada hutang lagi dengan bank sebanyak RM130,000.

 

Kena ingat segala kos melihatkan lelongan awam akan bank caj ke loan peminjam. Antara kos yang terlibat ialah:

  • Kos lawyer
  • kos valuer 
  • kos pelelongan 
  • dan lain-lain lagi.


Jangan terkejut jika baki loan tu naik.


Pada usia yang muda, nak cari duit untuk top up baki loan tu bukan senang. 

Ada ke simpanan ratusan ribu ringgit?


Nak top up katakan RM150,000 ker, Itupun dengan andaian lelongan ini akan ada pembida yang berminat.


TAPI, saya jangkakan harga akan turun lagi disebabkan tiada pembida yang berminat dalam lelongan pada kali ini. Ramai yang akan tunggu harga rezab turun bawah RM300,000 disebabkan ini unit studio sahaja. Tak berbaloi nak beli SOHO lebih mahal daripada harga RM300,000.


Nak tambah bilik pun perlukan kos juga. Sama samalah kita saksikan nanti. 


Jika lelongan kali ini tiada pembida, maka harga rezab tersebut akan turun lagi. Makin rendah harga rezab tersebut turun, semakin banyaklah owner ini kena top up baki loan tersebut di bank.


Jika tidak, bank akan proceed pada legal action dan boleh menyebabkan owner rumah di bankrupt kan.


Okay lah.. Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai data hartanah lelong.

Pesanan saya, nak beli hartanah biar dalam kemampuan kita.

Bacalah real case study diluar sana. Jadikan sebagai pengajaran. Belajar dulu process flow dalam hartanah supaya kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


Semoga bermanfaat.

P/s : Sekiranya anda nak beli rumah lelong yang harga murah-murah di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahLelong

P/s/s : Sekiranya anda nak beli rumah subsales di bawah harga pasaran, boleh dapatkan caranya menerusi link ini https://ezy.la/RumahSubsale

Info Berkaitan:


Betul ker harga rumah turun ???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Betul ker harga rumah turun ???

Ini antara persoalan yang sering timbul sekarang ini ... 

Betul ker harga rumah turun??

Tak kanlah harga rumah boleh jatuh pulak..

Ramai cakap setiap tahun harga rumah naik..

Siapa Kata Harga Rumah Tak Akan Turun? Inilah realiti sebenar yang semua orang perlu tahu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pelaburan hartanah pada situasi sekarang dah tak sama dengan pelaburan hartanah 2 tahun sebelum ini. Ini berdasarkan kepada pemerhatian saya dan situasi yang sedang dihadapi oleh ramai pelabur hartanah, sehingga ada rumah-rumah mereka yang dilelong oleh pihak bank.


Siapa Kata Harga Rumah Tak Akan Turun? (Gambar hiasan)

Lambakan Lot Kedai Untuk Dilelong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Dah lama tak semak listing rumah lelong terkini disebabkan MCO/PKP/Lockdown.  Dalam tempoh tersebut, banyak listing rumah lelong di postpone.

Macam mana anda nak beli?

Stamping pun tak boleh, Office lawyer pun tutup, pejabat tanah pun tutup dan segala urusan tergendala.



Lot Kedai Untuk Dilelong dekat JB harga RM68,850 pun ada
Lot Kedai Untuk Dilelong dekat JB harga RM68,850 pun ada

Nak Refinance Rumah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Waktu dalam keadaan ekonomi begini memang ramai nak guna duit...

  • Ada yang terpikir nak jual rumah
  • Ada juga yang nak refinance rumah 
  • Ada yang nak buat debt consolidation 
  • Ada yang nak kurangkan monthly installment
  • dan lain-lain


Calculator DSR Refinance Rumah, Sumber : Klik Di Sini

Review ebook : Susah ke? Beli Rumah Dari kacamata perunding hartanah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Syukur Alhamdulillah...


Saya dah baca keseluruhan ebook Susah ke? Beli Rumah Dari kacamata perunding hartanah.


Untuk makluman, ramai orang mempunyai keinginan untuk membeli rumah, tapi ramai yang tak berjaya disebabkan tidak melepasi kelayakan yang ditetapkan.


Susah ke? Beli Rumah Dari kacamata perunding hartanah
Susah ke? Beli Rumah Dari kacamata perunding hartanah, Sumber : Klik Di Sini

Berdasarkan pengalaman perunding hartanah, kebanyakan pembeli yang tidak berjaya nak beli rumah disebabkan mereka tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang cara-cara untuk membeli rumah.


Jadi, dengan membaca ebook ini ianya sangat membantu mereka yang nak membeli rumah terutamanya bagi mereka yang nak membeli rumah pertama.


Dalam ebook ini ada dikongsikan cara-cara nak beli rumah:

  • Bermula dari pemilihan rumah yang hendak dibeli
  • Cara semak kelayakan membeli rumah seperti DSR, NDI, Formula 200, Rekod kredit CCRIS dan CTOS.
  • Keperluan melantik perunding hartanah, termasuk ciri-ciri perunding hartanah yang perlu anda pilih dan elakkan.


Sekiranya anda berjaya memilih perunding hartanah yang betul, ia akan dapat membantu anda untuk memilih rumah yang betul dan dapat memberi keuntungan dalam pelaburan hatanah pada kemudian hari.


Selain itu, dalam ebook ini juga turut mengandungi: 

  • Teknik-teknik Closed Deal sebelum dan semasa membeli rumah (Perunding hartanah yang bagus akan dapat memudahkan semua urusan anda)
  • Dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk membeli rumah.
  • Orang bergaji tetap apa senarai dokumen yang diperlukan??
  • Orang yang berniaga pula bagaimana pula jenis dokumen yang perlu disediakan??
  • Apa yang perlu pembeli tahu dan membuat persediaan semasa peroses menandatangani Perjanjian jual Beli (SPA/SNP)
  • Proses yang perlu dilakukan sebelum pindah masuk ke rumah yang dibeli.
  • dan lain-lain info yang pastinya anda perlukan.


Dalam ebook ini juga turut dikongsikan Tips-tips yang perlu dilakukan oleh pembaca sebagai persediaan supaya berjaya membeli rumah pertama.


Isi kandungan ebook ini bagi saya ringkas dan padat serta mudah difahami. Pastinya akan dapat membantu pembaca untuk melakukan tindakan yang tepat dalam setiap urusan untuk membeli rumah.


Jangan lupa juga untuk membaca ebook 22 Kesilapan Sewaktu Berurusan Dengan Perunding Hartanah yang turut dipakejkan bersama dengan ebook Susah ke? Beli Rumah Dari kacamata perunding hartanah

22 Kesilapan Sewaktu Berurusan Dengan Perunding Hartanah
22 Kesilapan Sewaktu Berurusan Dengan Perunding Hartanah, Sumber : Klik Di Sini


Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga info-info yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada kita semua…


In Shaa Allah...


Info Berkaitan:

PUTARAN EKONOMI PALING MEMBERI KESAN DALAM TEMPOH PKP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Roda kehidupan itu bulat. Sekejap kita berada di atas dan sekejap kita berada di bawah. Itu merupakan lumrah dalam kehidupan. Sebab tu kita perlu sentiasa beringat pada waktu susah ataupun senang. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada.


Putaran ekonomi paling memberi kesan dalam tempoh PKP
Putaran ekonomi paling memberi kesan dalam tempoh PKP

Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)